Thursday, 22 November 2012

Rancangan Perniagaan




image

Business idea

Idea perniagaan kami ialah industri batik.


M.E.I Batik Collection



Problems



Masalah yang dihadapi oleh pengusahaan batik sekarang ialah pakaian batik kurang diminati oleh golongan muda.Antara sebab pakaian batik kurang diminati oleh golongan muda ialah:


  • coraknya yang tidak menarik.
  • warna yang membosankan.
  • pakaian batik dianggap sebagai pakaian rasmi sahaja.
  • design baju yang tidak menarik dan tidak mengikut citarasa golongan muda.
  • jenis fabrik yang licin.

tersebut merupakan sebab kenapa pakaian batik kurang dipakai oleh golongan muda.




Customer segment



pelanggang yang menjadi sasaran kami ialah golongan muda iaitu lelaki dan perempuan dan pelancong.




Value Proposition




  • kami menawarkan perkhidmatan penempahan baju batik mengikut citarasa pelanggan.
  • kami menyediakan pelbagai jenis pilihan seperti:pelbagai pilihan corak batik yang menarik.,warna yang menarik. pelbagai jenis design pakaian yang boleh dipilih sendiri oleh pengguna dan pelbagai jenis fabrik juga boleh dipilih.
  • design tersebut akan dipaparkan di dalam blog dan katalog dan pengguna akan memadankan sendiri jenis baju dan corak yang diminati.
  • Rekaan batik adalah daripada pereka profesional dan mengikut gaya moden dan menepati citarasa golongan muda.
  • pelanggan boleh memilih corak,warna dan pakaian yang diminati.
  • kami pasti harga yang ditawarkan adalah sangat berpatitan.
  • ianya dapat memberi kepuasan yang tersendiri kepada pelanggan kami.




Chanel




Kami menggunakan pelbagai saluran untuk mempromosikan produk kami antaranya ialah:

Internet
     Internet merupakan saluran yang berkesan kerana ianya merupakan  saluran yang paling ramai dilayari oleh golongan muda.Ianya juga merupakan kaedah yang paling murah untuk mempromosikan produk tampa menggunakan kos.kami mempromosikan produk kami melalui internet seperti facebook,blogspot,dan E-mail.Syarikat kami mempunyai blog untuk tempahan baju batik.dalam blog tersebut ada disenaraikan jenis-jenis baju ,fabrik,dan corak batik yang pelbagai.Pelanggan akan memilih rekaan tersebut mengikut citarasa sendiri.

Majalah
     Majalah merupakan penghubung antara pelanggan dan usahawan.oleh itu kami mempelkenalkan produk kami melalui majalah kerana pengguna majalah kebanyakannya ialah golongan muda.Sasaran kami ialah kepada golongan muda jadi majalah merupakan pilihan yang terbaik untuk memplkenalkan produk kami.Kami juga akan selalu mengemaskini produk-produk yang terbaru di majalah.Majalah pilihan kami ialah hype,mangga,remaja.

surat khabar
     Kami juga mempromosikan produk kami di surat khabar seperti harian metro,berita harian dan sinar harian. surat khabar merupakan saluran yang berkesan untuk mempelkenalkan produk kami kepada golongan muda.Kami akan meletakkan di halaman gosip dan sukan kerana di ruangan ini merupakan halaman yang paling diminati oleh golongan muda.ini merupakan peluang yang terbaik untuk mempelkenalkan produk kami.




Customer relationship



hubungan dengan pelanggan sangat penting untuk memastikan pelanggan tersebut menjadi pelanggan tetap di syarikat kami.Hubungan baik dengan pelanggan juga dapat memberi kesan kepada syarikat kami kerana pelanggan yang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan akan menceritakan kepada rakan dan ahli keluarga mereka secara tidak langsung ianya menjadi satu promosi yang sangat berkesan tetapi jika pelanggan  tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan mereka akan menceritakan segala keburukan syarikat dan ianya akan menjatuhkan syarikat ini.oleh itu kami mengambil pelbagai langkah untuk mengekalkan hubungan baik syarikat kami dengan pelanggan. 

  • menubuhkan sebuah kelab kebajikan untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan.
  • menubuhkan kelab batik.
  • memberikan kad ahli yang menawarkan potongan harga.
  • penghantaran produk secara percuma jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.
  • pekerja yang mesra pelanggan dan kami juga mempunyai talian perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.
  • menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan.
  • memberi ganjaran berupa hadiah kepada pelanggan yang setia.
  • mengadakan pertandingan dan kuiz bertujuan merapatkan hubungan dengan pelanggan.



Revenew Stream.



kami mendapat hasil daripada beberapa aktiviti antaranya ialah:


  • bayaran daripada produk yang ditawarkan.
  • bayaran pendaftaran sebagai ahli untuk mendapatkan kad keahlian iaitu sebanyak rm20.
  • Bayaran kos penghantaran untuk yang memilih kaedah penghantaran dan kos pengambilan sendiri adalah percuma.




Key Resources



Sumber yang kami perlukan untuk melaksanakan perniagaan ini ialah:


  • modal iaitu duit.
  • pekerja yang berpengalaman seperti operator,pengurus kewangan,pengurus pengeluaran.
  • perunding imej.
  • bahan mentah seperti cat dan ,fabrik.
  • kemi juga menggunakan teknologi seperti mesin printing.



Key Activity



Aktiviti yang kami lakukan untuk melaksanakan perniagaan ini ialah:


  • pertama kami membuka kedai dan stor pengeluaran dan menyediakan semua kelengkapan untuk melaksanakan perniagaan ini.
  • kedua kami membuka kedai online bagi menambahkan lagi saluran perniagaan kami.
  • seterusnya kami membuat pengiklanan di internet,majalah,radio,surat khabar dan kami juga mengedar flyers kepada pengguna.
  • selain daripada itu kami juda mengadakan pameran untuk memberi maklumat dan mempelkenalkan lagi produk kami kepada pelanggan.
  • kami juga membuat pertunjukan fesyen dan menyertai karnival kebudayaan untuk mempelkenalkan pakaian batik.
  • dan akhir sekali kami menawarkan perkhidmatan khidmat pelanggan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang syarikat dan produk kami.kami akan melayan pelanggan dengan sebaiknya.




Key Partners



kami melaksanakan usahasama dengan pelbagai pihak antaranya ialah:

pembekal
kami membuat persetujuan dengan pembekal untuk membekalkan kami bahan mentah yang diperlukan dengan tepat dan memepati masa dan kos yang lebih murah.

pengedar
kami membuat perjanjian dengan pengedar untuk menhantar barangan daripada syarikat kami dengan menepati masa.

Jabatan kebudayaan dan kesenian negara.
kami juga melaksanakan usahasama denagn kementerian kebudayaan belia dan sukan untuk mempromosikan produk kami kepada pengguna.

kementerian perlancongan Malaysia.
kami juga meminta kerjasama daripada kementerian perlancongan untuk mempelkenalkan syarikat kami kepada pelancong bagi mempromosikan pakaian tradisional negara iaitu batik.




Cost structure






Jadual menunjukan senarai kos keseluruhan penubuhan syarikat

Bil
pekara
Kuantiti
Harga RM
1
Mesin printing
2
40 000
2
Mesin jahit
4
5000
3
Meja/kerusi
5
5000
4
laptop
3
5000
5
telefon
2
500

Bil
Kos bahan mentah

Rm
1
kain

30 000
2
cat

10 000
3
Lain-lain bahan

5000

Bil
Kos upah

Rm
1
pekerja
13(6 bulan)
133 200
2
Pereka profesional

50 000

Bil
promosi

Rm
1
Surat khabar

10000
2
majalah

10000
3
Carnival

15000
4
Pertunjukan fesyen

15000

Bil
Lain-lain

Rm
1
Sewa kedai

21000
2
Kos ubahsuai

15000
3
Kos overhead

10000

Jumlah keseluruhan rm324 700


Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.” 
– Albert Schweitzer


Thursday, 1 November 2012

INDUSTRI BATIK MALAYSIA






Sejarah Batik

      Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Masalah yang dihadapi.

     Masalah yang dihadapi oleh pengusaha batik pada masa kini ialah pakaian batik kurang diminati oleh golongan muda.

Kenapa masalah ini wujud?

       Masalah ini wujud kerana golongan tersebut melihat batik sebagai pakaian tradisional dan hanya dipakai oleh orang tua-tua sahaja.Hal ini kerana corak dan rekaan batik yang dihasilkan terlalu membosankan dan tidak 'up to date' dengan trend dan perkembangan semasa.Golongan muda lebih meminati gaya yang lebih santai dan modern bersesuaian dengan perkembangan semasa. selain itu, warna batik hari ini juga masih sama seperti dulu iaitu coklat, hitam dan putih. 


Contoh corak batik yang dilihat sebagai membosankan oleh golongan muda

Langkah mengatasi


     Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pengusaha batik perlulah sentiasa mengikuti perkembagan semasa dan membuat penyelidikan tentang gaya dan rekaan yang diminati oleh golongan muda.Corak yang dibuat perlulah dipelbagaikan supaya menarik dan bersesuaian dengan cita rasa golongan muda dan golongan tua.Hal ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza,oleh itu pengusaha perlulah mempelbagaikan rekaanya dan tidak hanya tertumpu kepada rekaan yang sedia ada.Rekaan perlulah lebih bersifat moden dan ringkas untuk menarik minat golongan muda untuk memakainya. pengusaha batik perlu mengkaji terlebih dahulu citarasa pengguna sebelum mengeluarkan rekaan batik yang ingin dijual. pelbagaikan sample rekaan batik yang terkini di mana rekaannya adalah lebih moden dan menarik. Hal ini dapat memberi peluang kepada pengguna iaitu sebagai responden untuk memilih corak rekaan batik yang menepati citarasa mereka. 


Contoh rekaan baju batik dengan corak yang menarik
Contoh rekaan baju batik yang lebih santai

          Langkah lain yang dapat dilakukan untuk menarik minat golongan muda terhadap batik adalah dengan cara menggabungkan pereka-pereka fesyen yang berpengalaman dan kreatif. Hal ini bertujuan untuk menggunakan kepakaran mereka dalam mencipta batik terkini yang coraknya lebih kreatif dan moden serta dapat menjadikan  orang lain terus tertarik apabila melihat corak rekaannya.

            Pengusaha batik juga perlu menggunakan teknologi terkini untuk mempromosi serta menjual rekaan-rekaan batik ini kepada orang ramai. Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat kini lebih banyak berkomunikasi menggunakan internet berbanding bertemu secara bersemuka. jadi, penggunaan laman sosial boleh membantu pengusaha batik memperkenalkan batik secara meluas dengan menggunakan laman atas talian (online). pengusaha boleh menjual batik di mana corak dan fesyennya adalah rekaan yang terbaru di dalam laman-laman sosial khususnya facebook. Tampilkan pelbagai corak rekaan dalam gambar-gambar yang dipamerkan pada laman sosial ini. Para pengguna pasti akan tertarik dengan kelainan rekaan yang baru ini. cara ini juga turut dikenali sebagai "fashion valley".

           Selain mencipta rekaan pada baju, pengusaha batik juga boleh mereka rekaan corak yang sesuai untuk tudung yang dipakai oleh wanita. Dalam rekaan corak ini, pengusaha boleh memasukkan unsur-unsur yang sesuai untuk kaum wanita serta warna yang menarik iaitu mengikut tona warna yang pelbagai di mana wanita akan menjadi mudah tertarik dengan ciptaan terbaru ini. 

             Batik juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai dengan cara menjadikannya tema untuk hari-hari yang istimewa khususnya tema di hari perkahwinan. Tidak dinafikan bahawa para pengantin hari ini tidak lepas daripada mengenakan baju-baju sutera mahupun songket sebagai persalinan di hari perkahwinan mereka. jadi, untuk menampakkan kelainan pada hari ini, corak rekaan batik yang lebih moden boleh dipilih sebagai tema perkahwinan. Dengan cara ini, orang ramai akan tertarik dengan corak batik yang dihasilkan hari ini.

            Perubahan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk menghilangkan identiti batik tetapi bertujuan untuk mempelbagaikan corak dan reka bentuk batik supaya ianya diterima oleh pelbagai golongan samada golongan tua mahupun golongan muda.Kepelbagaian rekaan batik juga dapat membuatkan batik diterima di peringkat antarabangsa dan dijadikan sebagai pakaian harian suatu hari nanti.