Thursday, 1 November 2012

INDUSTRI BATIK MALAYSIA






Sejarah Batik

      Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Masalah yang dihadapi.

     Masalah yang dihadapi oleh pengusaha batik pada masa kini ialah pakaian batik kurang diminati oleh golongan muda.

Kenapa masalah ini wujud?

       Masalah ini wujud kerana golongan tersebut melihat batik sebagai pakaian tradisional dan hanya dipakai oleh orang tua-tua sahaja.Hal ini kerana corak dan rekaan batik yang dihasilkan terlalu membosankan dan tidak 'up to date' dengan trend dan perkembangan semasa.Golongan muda lebih meminati gaya yang lebih santai dan modern bersesuaian dengan perkembangan semasa. selain itu, warna batik hari ini juga masih sama seperti dulu iaitu coklat, hitam dan putih. 


Contoh corak batik yang dilihat sebagai membosankan oleh golongan muda

Langkah mengatasi


     Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pengusaha batik perlulah sentiasa mengikuti perkembagan semasa dan membuat penyelidikan tentang gaya dan rekaan yang diminati oleh golongan muda.Corak yang dibuat perlulah dipelbagaikan supaya menarik dan bersesuaian dengan cita rasa golongan muda dan golongan tua.Hal ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza,oleh itu pengusaha perlulah mempelbagaikan rekaanya dan tidak hanya tertumpu kepada rekaan yang sedia ada.Rekaan perlulah lebih bersifat moden dan ringkas untuk menarik minat golongan muda untuk memakainya. pengusaha batik perlu mengkaji terlebih dahulu citarasa pengguna sebelum mengeluarkan rekaan batik yang ingin dijual. pelbagaikan sample rekaan batik yang terkini di mana rekaannya adalah lebih moden dan menarik. Hal ini dapat memberi peluang kepada pengguna iaitu sebagai responden untuk memilih corak rekaan batik yang menepati citarasa mereka. 


Contoh rekaan baju batik dengan corak yang menarik
Contoh rekaan baju batik yang lebih santai

          Langkah lain yang dapat dilakukan untuk menarik minat golongan muda terhadap batik adalah dengan cara menggabungkan pereka-pereka fesyen yang berpengalaman dan kreatif. Hal ini bertujuan untuk menggunakan kepakaran mereka dalam mencipta batik terkini yang coraknya lebih kreatif dan moden serta dapat menjadikan  orang lain terus tertarik apabila melihat corak rekaannya.

            Pengusaha batik juga perlu menggunakan teknologi terkini untuk mempromosi serta menjual rekaan-rekaan batik ini kepada orang ramai. Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat kini lebih banyak berkomunikasi menggunakan internet berbanding bertemu secara bersemuka. jadi, penggunaan laman sosial boleh membantu pengusaha batik memperkenalkan batik secara meluas dengan menggunakan laman atas talian (online). pengusaha boleh menjual batik di mana corak dan fesyennya adalah rekaan yang terbaru di dalam laman-laman sosial khususnya facebook. Tampilkan pelbagai corak rekaan dalam gambar-gambar yang dipamerkan pada laman sosial ini. Para pengguna pasti akan tertarik dengan kelainan rekaan yang baru ini. cara ini juga turut dikenali sebagai "fashion valley".

           Selain mencipta rekaan pada baju, pengusaha batik juga boleh mereka rekaan corak yang sesuai untuk tudung yang dipakai oleh wanita. Dalam rekaan corak ini, pengusaha boleh memasukkan unsur-unsur yang sesuai untuk kaum wanita serta warna yang menarik iaitu mengikut tona warna yang pelbagai di mana wanita akan menjadi mudah tertarik dengan ciptaan terbaru ini. 

             Batik juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai dengan cara menjadikannya tema untuk hari-hari yang istimewa khususnya tema di hari perkahwinan. Tidak dinafikan bahawa para pengantin hari ini tidak lepas daripada mengenakan baju-baju sutera mahupun songket sebagai persalinan di hari perkahwinan mereka. jadi, untuk menampakkan kelainan pada hari ini, corak rekaan batik yang lebih moden boleh dipilih sebagai tema perkahwinan. Dengan cara ini, orang ramai akan tertarik dengan corak batik yang dihasilkan hari ini.

            Perubahan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk menghilangkan identiti batik tetapi bertujuan untuk mempelbagaikan corak dan reka bentuk batik supaya ianya diterima oleh pelbagai golongan samada golongan tua mahupun golongan muda.Kepelbagaian rekaan batik juga dapat membuatkan batik diterima di peringkat antarabangsa dan dijadikan sebagai pakaian harian suatu hari nanti.



No comments:

Post a Comment